Rowy Hardware
  • Home
  • About Us
  • All Product
    • Piping
    • Fittings
    • Valves & Tap
    • Sanitaryware & Accessories hardware
    • Hardware Items
    • Building Material
  • Store
  • Contact Us

Rowy Hardware

sambutan kemerdekaan yang ke-65

8/31/2022

0 Comments

 
Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos, semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain bersatu-padu dalam meraikan sambutan Hari Kemerdekaan. Tema Kemerdekaan pada tahun ini ialah 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'. Tema ini dipilih bagi menghargai keprihatinan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan pandemik Covid-19.
Picture
Pada tahun ini, Rowy Hardware mengadakan pertandingan video patriotik paling kreatif di kalangan semua pekerjanya. Mereka perlu merakam video selama 30 saat sehingga 1 minit mengenai kemerdekaan. Empat video patriotik yang terbaik akan dipilih dan diundi oleh semua pekerja. Video yang mendapat undian paling banyak akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100.
Picture
Beberapa orang peserta Rowy sedang merakam video patriotik mereka dengan pelbagai idea yang kreatif. Ada yang menari, berlakon dan bermacam-macam lagi bagi menjayakan video kemerdekaan mereka.
Picture
Picture
Picture
Tiba masanya hari yang dinanti-nantikan oleh semua peserta Rowy yang mengambil bahagian dalam pertandingan video patriotik iaitu hari penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Picture
Picture
Johan bagi video patriotik paling kreatif dan mendapat undian tertinggi telah dimenangi oleh Encik Asyraf. Idea beliau yang luar biasa telah melayakkan dirinya menjadi johan untuk pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Encik Asyraf!
Picture
Selain itu, hadiah saguhati juga diberikan kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam menjayakan video kemerdekaan ini. Rowy sangat menghargai bakat-bakat pekerja mereka. Hal ini kerana, pekerja yang baik lagi berbakat adalah mereka yang bersemangat tinggi.
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan video patriotik paling kreatif. Semoga dengan usaha ini, Rowy dapat melahirkan generasi yang hebat. Sesungguhnya, generasi yang hebat adalah generasi yang berjaya melahirkan generasi berikutnya yang jauh lebih hebat.
Picture
Akhir kalam, mari sama-sama kita menyaksikan kompilasi video patriotik yang telah dijayakan oleh pekerja Rowy Hardware. Jangan lupa untuk tekan butang 'Like' dan 'Subscribe' channel youtube kami !
​​Written by : Hanis Syafiqah
Passionate about her work, in love with digital field and dedicated to rise to the top.
0 Comments



Leave a Reply.

    Picture

    Rowy CHANNEL

    Rowy is delighted to share the contentment of Rowy Hardware core values.

    RSS Feed

Rowy Hardware Sdn Bhd

Contact us on WhatsApp
Picture

​Pipe supplier in Malaysia specializes in supplying Stainless Steel Pipe, GI Pipe, PPR Pipe, ABS Pipe, PVC Pipe, UPVC Pipe and POLY Pipe.

Categories

PVC Pipe & PVC Fitting

U​​PVC Pipe & UPVC Fitting

HDPE Pipe & HDPE Fitting

Stainless Steel Pipe & Fitting

Galvanize Pipe & Galvanize Fitting

​Buteline Pipe & Buteline Fitting

Faucet And Tap

Pipe Conduit

Company

About Rowy Hardware

Rowy Hardware Award And Achievement

Rowy Hardware Sticker

Talents Wanted

Blog

Store

Support

Contact Rowy Hardrware 

​PT 23735 HSM 7489, Batu 23, Jalan Sungai Lalang 1
( Perindustrian ), 43500 Semenyih, Selangor.

​Terms & Conditions 

​Privacy Policy 

Follow Us


​Copyright © 2025 Rowy Hardware Sdn. Bhd. (1005103-W) | All trademarks are the property of their respective owner.

  • Home
  • About Us
  • All Product
    • Piping
    • Fittings
    • Valves & Tap
    • Sanitaryware & Accessories hardware
    • Hardware Items
    • Building Material
  • Store
  • Contact Us